Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

Ada Dalang Dalam MH370?

Berikut adalah terjemahan kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung insiden MH370 : Tujuh…

Ada Dalang Dalam MH370? Ada Dalang Dalam MH370?

SPAD: Pengangkutan Rel Terus Dipertingkatkan

Kuala Lumpur, 30 November – Sistem pengangkutan awam darat yang komprehensif dan efektif merupakan faktor penting dalam membina…

SPAD: Pengangkutan Rel Terus Dipertingkatkan SPAD: Pengangkutan Rel Terus Dipertingkatkan

SPAD Anjur Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013

Kuala Lumpur, 28 November – Dalam usahanya untuk memastikan pengangkutan awam menjadi mod pilihan rakyat pada masa hadapan,…

SPAD Anjur Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013 SPAD Anjur Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013

Koridor BRT Strategi Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan

Kuala Lumpur, 27 November - Melebar atau menambah jalan bukanlah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan kesesakan. Cara yang lebih…

Koridor BRT Strategi Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan Koridor BRT Strategi Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan

Indeks Rasuah 2011 - Malaysia Tersenarai

IndeksRasuah01Malaysia tersenarai di dalam laporan indeks rasuah yang dikeluarkan oleh "Transparency International" (TI) bagi tahun 2011. Senarai ini terdiri daripada sejumlah 28 buah negara yang antaranya merupakan kuasa ekonomi dunia.

Segala input di dalam laporan ini adalah berdasarkan kaji selidik ke atas 3,016 orang eksekutif perniagaan dari 30 buah negara. Lebih kurang 100 orang untuk setiap negara ditemubual kecuali China iaitu 82 orang.

Mereka telah memberikan pandangan mengenai negara-negara yang mempunyai kemungkinan terlibat dengan rasuah dalam menjalankan perniagaan luar negara. Kaji selidik ini telah dilaksanakan pada 5 Mei 20011 sehingga 8 Julai 2011.

28 negara ini dipilih berdasarkan empat kriteria:
1- Keterbukaan dalam perdagangan (mengikut FDI)
2- Disenarai atau tidak dalam laporan 2008. (diperlukan untuk rekod perbandingan pada masa depan)
3- Ahli Kumpulan G20
4- Melakukan urusan perdagangan dalam serantau dan/atau benua.

Sebelum ini hanya 22 buah negara sahaja yang tersenarai, kini Malaysia termasuk Argentina, Indonesia, Saudi Arabia, Turki dan United Arab Emirates (UAE) dimasukkan dalam kaji selidik yang telah dijalankan.

Menurut laporan TI 2011, markah yang diberikan bermula dari 0 hingga 10. Di mana jika markah 10 diberikan pada sesebuah negara, bermakna tiada gejala rasuah berlaku. Manakala jika markah "0, ini bermakna negara terbabit telibat dengan rasuah dalam urusan perniagaan atau perdagangan luar negara.

Di dalam laporan terbabit, Malaysia telah diletakkan di dalam kelompok ke-15 bersama-sama Itali, Afrika Selatan dan Hong Kong dengan jumlah markah 7.5.

Kelompok teratas terdiri Netherlands dan Swizerland dengan markah 8.8. Manakala di kedudukan terendah adalah seperti Indonesia (7.1), Mexico (7.0), China (6.5) dan Russia (6.1).

IndeksRasuah2011

Antara sektor yang mempunyai markah terendah adalam sektor perlombongan (6.3), petroleum (6.2), hartanah (6.1), Utiliti (6.1 dan pembinaan (5.3).

IndeksRasuah02

 

Sumber: Transperency International

http://bpi.transparency.org/results/

 

 

We have 11 guests and no members online